Thursday, May 22, 2008

Cadangan Penubuhan Badan Khas untuk sektor pelancongan

Saya berharap pihak pembangkang dapat mengadakan satu pakatan baru untuk lima buah negeri yang sedang mangalami krisis MoU. Disebabkan keengganan parti pemerintah negara untuk bekerja sama dengan pihak pembangkang menunjukkan kelemahan parti pemerintah dan lebih nyata mereka menunjukkan diskriminasi. Seharusnya, mereka lebih menunjukkan sikap professional mereka bagaimana mereka memerintah. Tetapi lebih memalukan apabila mereka menunjukkan sikap yang buruk sebagai pemimpin negara walaupun Malaysia kini dipandang tinggi oleh masyarakat antarabangsa.

Kesan MOU bukan sahaja menjejaskan golongan pembangkang sahaja malahan ia melibatkan golongan yang pro kerajaan. Mereka sepatutnya berfikiran lebih matang terhadap masalah rakyat. Pembangkang atau pun pro kerajaan seharusnya dapat bekerjasama sekiranya mereka lebih mementingkan rakyat. Sekarang, apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Di sini, saya mencadangkan pihak pembangkang dapat menubuhkan satu badan khas dalam menangani masalah ini. Disebabkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor yang mempunyai sempadan dan kedudukan yang strategik untuk sektor pelancongan, diharap satu badan khas dapat ditubuhkan dengan melantik kerajaan negeri Kelantan untuk menerajui badan tersebut, disebabkan Kelantan pernah mengalami masalah ini sekian lama apabila parti Pas memerintah negeri tersebut.

Badan khas tersebut hendaklah memusatkan kepada masalah sektor pelancongan dan bukannya mengutamakan kepentingan parti, seperti yang ditunjukkan oleh sesetengah pemimpin dan wakil rakyat.

Kerjasama bersama antara kelima buah negeri yang diterajui oleh pihak pembangkang diharap dapat membela golongan rakyat yang menjadikan sektor pelancongan sebagai sumber 'periuk nasi' mereka.

No comments: