Saturday, June 7, 2008

MUTIARA KATA

  • Iman itu ibarat air laut, yang kadangkala pasang dan kadangkala surut,oleh kerana itu berusahalah supaya iman terus bertambah. (Hukamak)

  • Orang yang beriman berada dalam masjid ibarat ikan di dalam air, sedangkan orang yang munafik berada dalam masjid ibarat burung dalam sangkar.(Hadis)

  • Allah tidak akan mendekati seseorang, sebelum orang itu mendekatiNya, dan amal yang paling dicintai Allah amal yang secara berterusan dilakukan.(Hadith)

  • Sabar dalam melepaskan sesuatu yang disukai, lebih berat daripada sabar menahan sesuatu yang dibenci.(cendiakawan)

  • Iman itu terdiri dari dua bahagian, sebahagian sabar dan sebahagian syukur.(cendiakawan)

  • Sesungguhnya orang yang sabar itu akan disempurnakan pahalanya dengan tiada terhitung.(Al-Quran)

  • Hendaklah kamu bersabar, sesungguhnya Allah itu bersama orang-orang yang sabar.(Al-Quran)

  • Sabar itu adalah suatu gudang dari gudang-gudang syurga.(Hadith)

  • Tanda iman ialah bersyukur atas kelapangan, bersabar atas cubaan dan rela atas terhadap ketentuan Allah.(Hadith)

  • Iman itu dibangun atas empat tiang iaitu yakin, sabar, jihad dan adil.(Ali bin Abi Talib)

  • Sabar dengan iman ibarat kedudukan kepala pada tubuh manusia. Tidak ada tubuh bagi orang yang tidak mempunyai kepala. Tidak ada iman bagi orang yang tiadk mempunyai kesabaran.(Ali bin Abi Talib)

A man and the pet shop owner (the parrot)!

A man goes into a pet shop to buy a parrot. The shop owner points to three identical looking parrots on a perch and says "The parrot to the left costs 500 dollars". "Why does the parrot cost so much?" the customer asks.

The owner says "It knows how to use a computer." The customer asks about the next parrot and is told "That one costs 1,000 dollars because it can do everything the other parrot can do plus it knows how to use the UNIX operating system."

Naturally, the increasingly startled man asks about the third parrot and is told "That one costs 2,000 dollars." Needless to say this begs the question "What can it do?!" The owner replies "To be honest I have never seen it do a thing but the other two call him boss!"

today!

Today...
How could we're can remembering what has we done last day…
If we’re can remember,
Only a bit…

Every second… every minute… every hour…
After and after work has be done…
But we can’t satisfy what we’re achieved…

We were trying with other ways…
But still can’t satisfy…
Why?

Because in our heart as man in the world…
Always want to satisfy ourselves…
But how could we are?

Actually,
We’re missing, in our heart…
But what?,
Something more valuable than gold…
Something we can’t imagine exactly what it is….

But the true is…
We’re forgetting ‘bout our Creator…
We don’t fill with loving in our heart…
Loving each other…
Even we’re not coming from the same religion…
Our belief, our truth…
Always remind us about loving…

But because of jealous, rancorous,
Evil in our heart has conquered our mind…
To fighting, to take away with forces,
Doesn’t have any sympathies…

In deep our heart…
We’re declaring that we’re against what God said…
We’re against the natural…

And today,
As our witness,
We’re need to changes…
For sake of our god,
For our natural,
For our world,
For our piece, together,
We need to against our evil will…
To destroy… to seek revenge…
To gain the love in our heart back,
To caring each other without differentiate our truth…
And make a ‘new world’ together.

Sunday, June 1, 2008

bersatu hati dalam menjaga kedaulatan negara

assalam...
lepas ni apa lagi? sekarang ni kita tak boleh jangka apa yang bakal kita hadapi lepas ni. diorang bertelagah sesama diorang. rasa-rasanya, rakyat perlu lebih prihatin dengan masa depan negara. kalau kita beri peluang sampai bila hidup kita tak terbela.

tok ingat, Malaysia sekarang ni kena dibantu. selepas kejatuhan Batu Putih ke tangan singapura, jelas menunjukkan bahawa kepimpinan sekarang ni tak boleh diharap untuk menjaga kedaulatan negara kita. rakyat perlu bersatupadu untuk mengambil alih Malaysia dari jatuh ketangan mereka yang hanya mementingkan diri mereka. senang-senang sahaja negara kita diperlekehkan disebabkan oleh kelemahan pemimpin yang ada sekarang.

sekarang lah warga negara Malaysia perlu bersatu padu tanpa mengira kaum dalam menjalankan satu revolusi untuk menghapuskan kelemahan yang ada dalam kepimpinan negara sekarang.

mereka (pemimpin) saling bercakaran tanpa menyedari yang mereka terang-terang menunjukkan kelemahan mereka sendiri.

apa yang boleh kita perhatikan adalah pertikaian tehadap MoU antara kerajaan persekutuan dengan lima buah negeri yang dipimpin oleh pembangkang. penarikan diri dari terus bekerjasama dengan pembangkang jelas menunjukkan sikap diskriminasi, walaupun mereka menyatakan tidak boleh bekerjasama dengan pembangkang.

rakyat kena lebih pandai menilai yang mana satu baik dan yang mana satu salah. terutamanya masyarakat muslim. rakyat perlu bertindak sebelum negara lain mengambil peluang untuk menjatuhkan martabat kedaulatan negara walaupun pemimpin kita sibuk dengan masalah kroni dan politiknya.

apa yang lebih membimbangkan adalah bagaimana kedudukan malaysia sebagai sebuah negara islam serta kedaulatan negara walaupun kita mempunyai raja dan sultan di semua negeri kecuali wilayah persekutuan dan juga pulau pinang, melaka, sabah dan sarawak.

sekarang ini, mereka lebih memikirkan bagaimana hendak berhadapan dengan Anuar yang sedang giat memujuk pemimpin yang mempunyai krisis dengan kepimpinan Barisan Nasional.

selepas desakan demi desakan, kestabilan negara menjadi goyah. kebanyakan rakyat mengalami masalah kenaikan harga barang, tetapi mereka berbangga dengan kadar peningkatan ekonomi negara. keadaan ini jelas menunjukkan mereka cuba menunjuk-nunjuk bahawa pembangkang gagal dengan semua manifesto yang diwar-warkan oleh pembangkang sebelum pilihan raya ke 12, 8 mac dulu.

mereka berbangga dengan kemasukkan Ezam yang sebelum ini orang kuat Keadilan. mereka menganggap yang mereka akan kembali mendapat sokongan semula. adakah ini akan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan negara yang sedia lemah?

apa nak jadi dengan anak kita?

Tok tak tahu nak cakap apa. Siapa yang harus dipersalahkan? Ke mananya harga diri kita? Anak-anak kita dah pandai 'main' mengalahkan seorang amatur.
Tapi yang lebih malang lagi apa yang kita mampu buat? Hanya sekadar melihat.

Orang kita lebih pentingkan kekayaan dan kemewahan tapi akhlak anak-anak? ramai pemimpin kita berbangga dengan kepesatan ekonomi. Tapi apa yang rosak? Pelajar sekolah pun dah berani tunjuk taring… Selepas ni, apa lagi?

Lepas satu-satu kes timbul… lepas kes pelajar universiti, sekarang budak sekolah. Siapa yang perlu dipertanggungjawabkan? Tapi yang lebih malang lagi… anak orang melayu. Pemimpin kita pulak sibuk dengan politik… Krisis politik kena selesai dulu baru nak fikirkan masa depan Negara? Anak-anak kita terus jadi rosak, mereka pulak sibuk dengan masalah perbezaan fahaman politik.

Kes Ezam masuk UMNO yang menjadi heboh, tapi masalah anak-anak kita langsung diabaikan. Katanya nak memperkasakan ketuanan Melayu tapi sekarang ini? Ketuanan Melayu ke ketuanan kroni? Ketuanan politik…

Apa yang tok lihat, tak ada pun tanda-tanda ‘ketuanan’ apa yang diheboh-hebohkan… Semuanya palsu…

Tok bukannya nak menghasut, tapi orang kita patut lihat, kalau ‘diorang’ tak dapat mengatasi masalah ‘kebrobrokan akhlak’ di kalangan mereka, sampai bila pun takkan boleh selesai…

Wassalam..

ke manakah kita selepas ini....

assalamualikum...
dah lama tok tak menulis...seminggu dah tok pergi ke mersing... bila tok kenangkan kembali bagaimana kehebatan penciptaan alam ini... bila tok lihat pantai yang memutih dan hempasan ombak yang mendamaikan... tok bagaikan terpukau dengan keindahan alam ciptaan Allah swt...

bila lihat betapa girangnya anak-anak kecil bermain-main di tepian pantai... tok tertanya-tanya, adakah mereka telah bersedia dengan godaan dunia bagaikan ombak tsunami yang tidak mengira mangsa... orang yang pakai serban pun boleh dirempuh...inikan kita yang belum tentu lagi terselamat dengan helahnya...

bila waktu maghrib melabuhkan diri... tiada suatu pun bait-bait kalimah memuji tuhan yang maha mencipta... kita masih lagi lalai dengan hidup yang tidak menjanjikan apa-apa...

bila tok kenangkan kembali... tok sudah lanjut... hanya menunggu panggilan yang pasti akan hadir bila-bila masa atas kehendak yang maha Esa...

walaupun kita mempunyai wang berjuta-juta ringgit, tapi akhirnya kita hanya menggunakan untuk memenuhi sekadar saja...

apa lagi yang kita inginkan... tak ada apa-apa...
apa yang perlu kita lakukan hanyalah kembali kepada pangkuanNya.

Saturday, May 24, 2008

Allah tambah nikmat jika bersyukur

SEDAR atau tidak, hidup manusia di alam fana ini tidak akan terlepas daripada menerima nikmat dan rahmat Allah.

Nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia adalah tidak terhitung banyaknya. Jumlahnya tidak dapat disukat dan ditimbang. Ini jelas dinyatakan Allah dalam firman-Nya bermaksud:-

"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." -
(Surah an-Nahl, ayat 18)

Meneliti kejadian dan kurniaan anggota badan utama pada tubuh manusia seperti kaki, tangan, perut, mulut, telinga, hidung dan mata, sudah cukup bagi kita membuat kesimpulan betapa berkuasa, agung dan murahnya Allah serta betapa lemah dan tidak berdayanya manusia yang menghuni alam yang fana ini.

Anggota badan itu pula dijadikan Allah dengan rapi dan lengkap serta dapat bergerak dan berfungsi serentak pada waktu sama. Sambil melihat, kita dapat bercakap, mendengar, menghidu, berjalan dan sebagainya.

Imam Al Ghazali mendefinasikan nikmat itu sebagai: setiap kebaikan, kelazatan dan kebahagiaan serta setiap kebahagiaan hidup 'ukhrawi' - hari akhirat yang kekal abadi.'

Secara umumnya, nikmat kurniaan Allah kepada setiap orang manusia dapat dibahagikan kepada dua iaitu:

l Nikmat bersifat 'fitri' atau asasi iaitu nikmat yang dibawa oleh manusia ketika dilahirkan lagi.

l Nikmat mendatang iaitu nikmat yang diterima dan dirasakan sewaktu-waktu.

Nikmat bersifat fitri atau asasi itu digambarkan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud:

"Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan (kemudian) diberinya kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur - berterima kasih." - (Surah an-Nahl, ayat 78)

Sesungguhnya manusia ini dilahirkan ke dunia dalam keadaan bertelanjang bulat. Tetapi dilengkapi dengan alat yang diperlukan dalam perjuangan hidup ini.

Dalam ayat di atas, yang dimaksudkan dengan kelengkapan itu ialah telinga, mata dan hati (akal).

Ada pun nikmat yang kedua iaitu nikmat yang dianggap mendatang itu ialah segala kenikmatan, kelazatan, kebahagiaan dan sebagainya yang diterima oleh manusia dalam perjalanan hidupnya.

Segala sesuatu yang ada dalam alam ini, bermula daripada tanam tanaman sampailah kepada binatang ternakan dan barang logam, semuanya diperuntukkan supaya dapat dimanfaatkan oleh manusia.

Keadaan dan kenyataan ini dijelaskan oleh Allah dengan firman-Nya yang bermaksud:

"Dan sebagai tanda untuk mereka ialah bumi yang mati (kering), Kami hidupkan dan Kami keluarkan dari dalamnya buah tanam-tanaman sebahagiannya mereka makan. Dan Kami adakan padanya kebun kurma dan anggur.

"Dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air supaya mereka dapat makan buahnya. Semua itu bukanlah (hanya) usaha tangan mereka. Mengapa mereka tidak bersyukur." - (Surah Yasin, ayat 31 hingga 35)

Lumrahnya, seseorang manusia itu hanya akan menyedari nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya apabila nikmat itu hilang atau terlepas daripadanya (dicabut oleh Tuhan kembali).

Andai kata matanya rosak sebelah, kakinya patah, kakinya kudung atau seumpama itu berlaku ke atas dirinya, maka ketika itu barulah berasa sungguh-sungguh bagaimana nikmatnya mempunyai dua biji mata, mempunyai kaki dan tangan tidak cacat.

Sesungguhnya nikmat kesihatan betul-betul dirasai apabila kita sakit.

Seorang yang berkuasa atau berpangkat akan berasa nikmat memegang kuasa dan pangkat selepas jatuh atau dipecat daripada kekuasaan serta jawatan yang disandangnya hilang.

Seorang hartawan apabila jatuh miskin dan melarat, maka akan terasalah olehnya bagaimana besarnya nikmat kekayaan yang pernah dikecapinya itu.

Oleh itu peliharalah setiap nikmat diperolehi. Bersyukur dan berterima kasihlah kepada Allah Yang Maha Kuasa supaya nikmat itu akan terus dikekalkan-Nya.

Syukur dapat diertikan sebagai: Mengerti bahawa semua nikmat yang ada pada diri seseorang hamba, baik yang lahir mahu pun yang batin, semuanya daripada Allah sebagai pemberian daripada-Nya.

Tanda seseorang itu bersyukur ialah apabila gembira wujudnya nikmat pada dirinya, yang melorongkan jalan untuk beramal ibadat dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepada-Nya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil saja.

Sesungguhnya bersyukur kepada Allah adalah perbuatan wajib ke atas setiap manusia. Ini jelas daripada firman-Nya bermaksud:-

"Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada Nya." - (Surah an-Nahl, ayat 144)

Lawan syukur ialah kufur. Seseorang yang menggunakan nikmat ini pada tempat bertentangan dengan tujuan penciptaannya, maka sebenarnya mengkufuri nikmat Allah yang menganugerahkan nikmat itu kepadanya.

Seseorang yang memukul orang lain dengan tangannya, maka orang itu dikira mengkufuri nikmat, sebab tangan yang dijadikan Allah untuk mempertahankan diri daripada perkara yang mengancamnya bukan mencedera atau membinasakan orang lain.

Seseorang itu dianggap tidak menggunakan nikmat matanya kerana mengkufuri nikmat mata apabila menggunakannya untuk melihat wajah perempuan yang bukan muhrimnya.

Mata dijadikan Allah untuk melihat perkara mendatangkan kebaikan bagi agama dan dunia.

Sebab itu mata hendaklah dipelihara daripada melihat perkara yang mendatangkan bahaya dan mudarat.

Sikap syukur pula untuk keuntungan manusia sendiri. Tuhan tidak mendapat apa-apa keuntungan dengan perbuatan syukur yang dilakukan oleh hamba-Nya. Sebaliknya, Tuhan juga tidak akan rugi dengan sikap kufur dan engkar yang ditunjukkan oleh manusia.

Perkara ini dijelaskan oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud:

"Barang siapa yang bersyukur maka hal itu untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barang siapa yang engkar maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Mulia." - (Surah al-Naml, ayat 40)

Orang yang bersyukur jiwanya akan menjadi semakin bersih. Dia akan bertambah dekat kepada Tuhan dan semakin sedar bahawa nikmat itu adalah kurniaan Illahi yang perlu dipergunakan untuk kebaikan sesama manusia.

Seseorang yang memperolehi kekayaan, maka kekayaan itu hendaklah digunakan pula untuk keperluan kebaikan seperti membantu fakir miskin, menolong orang yang memerlukan dan sebagainya.

Orang berpangkat dan berkuasa hendaklah melakukan kebaikan terhadap orang di bawah atau rakyat jelata.

Sesungguhnya bagi orang bersyukur maka nikmat yang diperolehinya semakin bertambah. Ini jelas dinyatakan Allah dengan firman-Nya yang bermaksud:

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)

Sedar akan pentingnya sikap ini, maka syukurilah nikmat kurniaan Allah kepada kita baik nikmat lahir atau batin.

Mudah-mudahan dengan berbuat demikian, maka nikmat itu akan kekal berterusan bersama kita dan hidup kita pula akan mendapat keredaan Allah baik di dunia atau akhirat.

Wasiat Rasullullah (s.a.w) Kepada Saidana Ali (r.a)

Wahai Ali,

Bagi orang mukmin itu ada 3 tanda-tandanya:

1. Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia

2. Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita

3. Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali,

Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya:

1. Jujur dalam kata-kata

2. Menjauhi segala yang haram

3. Merendahkan diri

Wahai Ali,

Bagi orang takwa itu ada 3 tanda-tandanya:

1. Takut berlaku dusta dan keji

2. Menjauhi kejahatan

3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali,

Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya:

1. Mengawasi dirinya

2. Menghisab dirinya

3. Memperbanyakkan ibadah kepada Allah S.W.T.

* Perangi nafsu dengan empat pedang riadhah (latihan jiwa), iaitu:

§ Makan sekadar untuk menguatkan badan,

§ Bicara seperlunya,

§ Mengurangi tidur dan

§ Menahan cercaan orang lain.

Thursday, May 22, 2008

Cadangan Penubuhan Badan Khas untuk sektor pelancongan

Saya berharap pihak pembangkang dapat mengadakan satu pakatan baru untuk lima buah negeri yang sedang mangalami krisis MoU. Disebabkan keengganan parti pemerintah negara untuk bekerja sama dengan pihak pembangkang menunjukkan kelemahan parti pemerintah dan lebih nyata mereka menunjukkan diskriminasi. Seharusnya, mereka lebih menunjukkan sikap professional mereka bagaimana mereka memerintah. Tetapi lebih memalukan apabila mereka menunjukkan sikap yang buruk sebagai pemimpin negara walaupun Malaysia kini dipandang tinggi oleh masyarakat antarabangsa.

Kesan MOU bukan sahaja menjejaskan golongan pembangkang sahaja malahan ia melibatkan golongan yang pro kerajaan. Mereka sepatutnya berfikiran lebih matang terhadap masalah rakyat. Pembangkang atau pun pro kerajaan seharusnya dapat bekerjasama sekiranya mereka lebih mementingkan rakyat. Sekarang, apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Di sini, saya mencadangkan pihak pembangkang dapat menubuhkan satu badan khas dalam menangani masalah ini. Disebabkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor yang mempunyai sempadan dan kedudukan yang strategik untuk sektor pelancongan, diharap satu badan khas dapat ditubuhkan dengan melantik kerajaan negeri Kelantan untuk menerajui badan tersebut, disebabkan Kelantan pernah mengalami masalah ini sekian lama apabila parti Pas memerintah negeri tersebut.

Badan khas tersebut hendaklah memusatkan kepada masalah sektor pelancongan dan bukannya mengutamakan kepentingan parti, seperti yang ditunjukkan oleh sesetengah pemimpin dan wakil rakyat.

Kerjasama bersama antara kelima buah negeri yang diterajui oleh pihak pembangkang diharap dapat membela golongan rakyat yang menjadikan sektor pelancongan sebagai sumber 'periuk nasi' mereka.

kemanakah halatuju sektor pelancongan di lima buah negeri?

Sukar untuk kami mempercayai bahawa keterangan yang dikemukan oleh Menteri perlancongan dalam Berita Harian semalam (22 Mei 2008), mengenai MOU bahawa parti pemerintah tidak dapat bekerjasama dengan parti pembangkang. Adakah kepentingan rakyat mengambil kira pemerintah dan pembangkang? Inilah scenario sekarang. Semuanya berdasarkan kepada parti. Sekiranya kepentingan rakyat berdasarkan kepada kepentingan politik, apakah kami tidak dapat menyuarakan pendapat kami sebagai rakyat?

Sekarang ini, kami tidak terkejut sekiranya ada pemimpin atau pemimpin veteran yang keluar parti. Ini adalah disebabkan oleh sikap pemimpin parti itu sendiri. Memang benar mereka berkuasa menentukan hala tuju Negara, tetapi apa yang kami dapat? Ramai yang menjadi jutawan yang mendapat tempat sebagai orang terkaya di Malaysia. Tetapi, ramai golongan tertekan dengan kenaikan harga barang. Apa tindakan pemimpin Negara? Hanya memikirkan kesetiaan ahli politik semata. Apa yang mereka tahu kesengsaraan rakyat?

Penarikan MOU menjadikan golongan yang terlibat dengan sektor pelancongan samada secara langsung atau tidak di kelima buah negeri yang diterajui oleh parti pembangkang yang tertekan. Ini bermakna periuk nasi kami tertutup. Inikah yang diperjuangkan oleh

tahniah

tahniah diucapkan kepada semua wakil rakyat yang telah terpilih untuk mewakili kami, warganegara Malaysia. semoga pemilihan anda ke parlimen dan juga ke dewan negeri dapat menyuarakan permalasahan kami...