Sunday, June 1, 2008

apa nak jadi dengan anak kita?

Tok tak tahu nak cakap apa. Siapa yang harus dipersalahkan? Ke mananya harga diri kita? Anak-anak kita dah pandai 'main' mengalahkan seorang amatur.
Tapi yang lebih malang lagi apa yang kita mampu buat? Hanya sekadar melihat.

Orang kita lebih pentingkan kekayaan dan kemewahan tapi akhlak anak-anak? ramai pemimpin kita berbangga dengan kepesatan ekonomi. Tapi apa yang rosak? Pelajar sekolah pun dah berani tunjuk taring… Selepas ni, apa lagi?

Lepas satu-satu kes timbul… lepas kes pelajar universiti, sekarang budak sekolah. Siapa yang perlu dipertanggungjawabkan? Tapi yang lebih malang lagi… anak orang melayu. Pemimpin kita pulak sibuk dengan politik… Krisis politik kena selesai dulu baru nak fikirkan masa depan Negara? Anak-anak kita terus jadi rosak, mereka pulak sibuk dengan masalah perbezaan fahaman politik.

Kes Ezam masuk UMNO yang menjadi heboh, tapi masalah anak-anak kita langsung diabaikan. Katanya nak memperkasakan ketuanan Melayu tapi sekarang ini? Ketuanan Melayu ke ketuanan kroni? Ketuanan politik…

Apa yang tok lihat, tak ada pun tanda-tanda ‘ketuanan’ apa yang diheboh-hebohkan… Semuanya palsu…

Tok bukannya nak menghasut, tapi orang kita patut lihat, kalau ‘diorang’ tak dapat mengatasi masalah ‘kebrobrokan akhlak’ di kalangan mereka, sampai bila pun takkan boleh selesai…

Wassalam..

No comments: