Sunday, June 1, 2008

bersatu hati dalam menjaga kedaulatan negara

assalam...
lepas ni apa lagi? sekarang ni kita tak boleh jangka apa yang bakal kita hadapi lepas ni. diorang bertelagah sesama diorang. rasa-rasanya, rakyat perlu lebih prihatin dengan masa depan negara. kalau kita beri peluang sampai bila hidup kita tak terbela.

tok ingat, Malaysia sekarang ni kena dibantu. selepas kejatuhan Batu Putih ke tangan singapura, jelas menunjukkan bahawa kepimpinan sekarang ni tak boleh diharap untuk menjaga kedaulatan negara kita. rakyat perlu bersatupadu untuk mengambil alih Malaysia dari jatuh ketangan mereka yang hanya mementingkan diri mereka. senang-senang sahaja negara kita diperlekehkan disebabkan oleh kelemahan pemimpin yang ada sekarang.

sekarang lah warga negara Malaysia perlu bersatu padu tanpa mengira kaum dalam menjalankan satu revolusi untuk menghapuskan kelemahan yang ada dalam kepimpinan negara sekarang.

mereka (pemimpin) saling bercakaran tanpa menyedari yang mereka terang-terang menunjukkan kelemahan mereka sendiri.

apa yang boleh kita perhatikan adalah pertikaian tehadap MoU antara kerajaan persekutuan dengan lima buah negeri yang dipimpin oleh pembangkang. penarikan diri dari terus bekerjasama dengan pembangkang jelas menunjukkan sikap diskriminasi, walaupun mereka menyatakan tidak boleh bekerjasama dengan pembangkang.

rakyat kena lebih pandai menilai yang mana satu baik dan yang mana satu salah. terutamanya masyarakat muslim. rakyat perlu bertindak sebelum negara lain mengambil peluang untuk menjatuhkan martabat kedaulatan negara walaupun pemimpin kita sibuk dengan masalah kroni dan politiknya.

apa yang lebih membimbangkan adalah bagaimana kedudukan malaysia sebagai sebuah negara islam serta kedaulatan negara walaupun kita mempunyai raja dan sultan di semua negeri kecuali wilayah persekutuan dan juga pulau pinang, melaka, sabah dan sarawak.

sekarang ini, mereka lebih memikirkan bagaimana hendak berhadapan dengan Anuar yang sedang giat memujuk pemimpin yang mempunyai krisis dengan kepimpinan Barisan Nasional.

selepas desakan demi desakan, kestabilan negara menjadi goyah. kebanyakan rakyat mengalami masalah kenaikan harga barang, tetapi mereka berbangga dengan kadar peningkatan ekonomi negara. keadaan ini jelas menunjukkan mereka cuba menunjuk-nunjuk bahawa pembangkang gagal dengan semua manifesto yang diwar-warkan oleh pembangkang sebelum pilihan raya ke 12, 8 mac dulu.

mereka berbangga dengan kemasukkan Ezam yang sebelum ini orang kuat Keadilan. mereka menganggap yang mereka akan kembali mendapat sokongan semula. adakah ini akan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan negara yang sedia lemah?

No comments: