Thursday, May 22, 2008

kemanakah halatuju sektor pelancongan di lima buah negeri?

Sukar untuk kami mempercayai bahawa keterangan yang dikemukan oleh Menteri perlancongan dalam Berita Harian semalam (22 Mei 2008), mengenai MOU bahawa parti pemerintah tidak dapat bekerjasama dengan parti pembangkang. Adakah kepentingan rakyat mengambil kira pemerintah dan pembangkang? Inilah scenario sekarang. Semuanya berdasarkan kepada parti. Sekiranya kepentingan rakyat berdasarkan kepada kepentingan politik, apakah kami tidak dapat menyuarakan pendapat kami sebagai rakyat?

Sekarang ini, kami tidak terkejut sekiranya ada pemimpin atau pemimpin veteran yang keluar parti. Ini adalah disebabkan oleh sikap pemimpin parti itu sendiri. Memang benar mereka berkuasa menentukan hala tuju Negara, tetapi apa yang kami dapat? Ramai yang menjadi jutawan yang mendapat tempat sebagai orang terkaya di Malaysia. Tetapi, ramai golongan tertekan dengan kenaikan harga barang. Apa tindakan pemimpin Negara? Hanya memikirkan kesetiaan ahli politik semata. Apa yang mereka tahu kesengsaraan rakyat?

Penarikan MOU menjadikan golongan yang terlibat dengan sektor pelancongan samada secara langsung atau tidak di kelima buah negeri yang diterajui oleh parti pembangkang yang tertekan. Ini bermakna periuk nasi kami tertutup. Inikah yang diperjuangkan oleh

No comments: